Sebagai spesies ceroboh Keli kayu

Di Amerika Syarikat ia merupakan spesies ceroboh bukan tempatan, yang kini bertapak di Florida dan dilaporkan di California, Connecticut, Georgia, Massachusetts, dan Nevada.

Ikan Keli Kayu diimport ke Florida, dikatakan dari Thailand, pada awal 1960-an bagi perdagangan akuarium.[3] Perlepasan pertama kemungkinannya berlaku pada pertengahan -1960s apabila ikan dewasa yang diimport sebagai stok pembiak terlepas, samaada dari lading ikan di timur laut Broward County atau dari lori yang mengangkut ikan pembiak antara Dade dan Broward counties. Pelepasan tambahan di Florida, dipercayai dilakukan oleh penternak ikan di kawasan Teluk Tampa, Hillsborough County pada akhir 1967 atau awal 1968, selepas negeri tersebut mengharamkan mengimport atau memiliki ikan keli. Ikan yang dilepaskan dari akuarium dipercayai bertanggung jawab bagi perlepasan di negeri lain. Dill dan Cordone (1997) melaporkan spesies ini telah dijual oleh penjual ikan tropika di California buat sekian lama. Ia juga kadang-kala ditemui di Barat tengah (“Midwest”).

Di Florida, ikan keli diketahui menceroboh ladang ternak ikan, memasuki kolam dan memakan anak ikan. Sebagai tindak balas, peladang terpaksa memasang pagar bagi melindungi kolam. Pihak berkuasa turut meluluskan undang-undang bagi mengharamkan permilikan ikan keli.